Proses membeli Bitcoin sepatutnya hanya mengambil masa tidak lebih daripada 10 minit mulai dari awal hingga akhir dari keselesaan rumah anda. Anda hanya perlu membuka akaun broker Bitcoin terkawal selia, mendepositkan sejumlah dana, dan meletakkan pertaruhan anda.

Jika anda benar-benar baru dalam proses sebegini, panduan ini akan membawa kepada anda bagaimana cara membeli Bitcoin dengan cara yang selamat dan menjimatkan kos.

Bagaimana Cara Membeli Bitcoin Dengan Mudah & Selamat

Panduan cepat di bawah akan menunjukkan kepada anda cara-cara membeli Bitcoin ketika ini. Pada tutorial ini pula, kami akan menerangkan langkah-langkah yang anda perlukan untuk memulai dengan Capital.com – broker terkawal selia oleh SEC yang menyokong pembelian Bitcoin berkos rendah yang bermula hanya pada RM90.

  • Langkah 1Mendaftar Akaun Capital.com – Pertama, bukalah akaun secara percuma di Capital.com kemudian masukkan maklumat peribadi anda apabila diminta.
  • 💳 Langkah 2Deposit Dana – Depositkan wang anda dengan tanpa sebarang caj di Capital.com dari minimum hanya RM90 sahaja. Untuk memastikan bahawa deposit anda diproses dengan serta merta pilihlah deposit daripada kad debit/kredit atau e-dompet.
  • 🔎 Langkah 3Cari Bitcoin – Di kotak carian, masukkan ‘Bitcoin’ dan klik pada butang ‘Trade’ untuk proses ke langkah terakhir.
  • 🛒 Langkah 4Beli Bitcoin – Masukkan jumlah amaun yang ingin anda laburkan dalam Bitcoin kemudian klik pada ‘Open Trade’. Capital.com akan mendebitkan baki tunai anda dan menambah token Bitcoin yang baru anda beli ke portfolio anda sebaik sahaja anda mengesahkan pesanan anda.

Di bawah ini anda akan mendapatkan panduan yang lebih jauh, Dan sekiranya anda ingin tahu bagaimana cara membeli Bitcoin di Capital.com, kami akan menjelaskan dengan lebih terperinci.

Di mana Tempat Beli Bitcoin – Platform Terbaik.

Mungkin anda tertanya-tanya di mana hendak membeli mata wang Bitcoin dalam talian. Di luaran sana ada terdapat puluhan platform perdagangan mata wang yang menyokong kaedah pembayaran segera semacam ini. Ini maknanya anda boleh memilih pilihan pembayaran favorit anda apabila hendak membiayai pelaburan kripto jangka panjang anda.

Walau bagaimanapun, anda mestilah berhati-hati dengan apa-apa yuran platform yang dikenakan – dan sama ada ia dikawal selia oleh badan kewangan yang bereputasi ataupun tidak.

Dan apabila anda memutuskan di mana untuk membeli Bitcoin hari ini, pertimbangkanlah tujuh platform yang disemak di bawah ini.

1. Capital.com

Capital.comCapital.com ialah broker CFD global yang diasaskan pada 2016 yang dimiliki dan dikendalikan oleh Capital Com SV Investments Limited. Broker yang beribu pejabat di Cyprus ini telah menerima pelanggan dari lebih 183 negara di seluruh dunia. Capital.com dikawal selia oleh badan-badan pelesenan seperti CA, FSA, ASIC dan CySec.

Capital.com menawarkan akses untuk berdagang pada lebih daripada 6,000 aset, termasuklah 23 indeks CFD, 477 CFD mata wang kripto, 39 CFD komoditi, 5,452 saham CFD dan 138 CFD Forex. Dengan rangkaian aset yang begitu luas ditambah pula dari segi instrumen yang ditawarkan kepada pelanggannya menjadikan Capital.com sebagai salah satu broker terbaik dalam pasaran yang telah mempunyai lebih daripada 500,000 pelanggan berdaftar.

Salah satu kelebihan terbesar berdagang dengan Capital.com ialah deposit minimum yang rendah hanya RM90 dengan menggunakan kad dedit/kredit. Capital.com juga menawarkan pelbagai panduan perdagangan, bahan pendidikan, dan akses kepada berita terkini. Tawaran ini telah dibangunkan untuk mendidik dan menyokong pedagang mahupun pelanggan baru.

Capital Com Beli Bitcoin

Jikalau anda yang ingin melabur dalam mata wang kripto sebagai tambahan kepada Bitcoin, anda boleh membeli Ripple, Ethereum, Dogecoin,Shiba Inu, Cardano, Solana, Chiliz, Quant, Litecoin, the Graph, Cardano, Polkadot dan banyak lagi. Ini kerana Capital.com telahpun menyokong lebih daripada 70 syiling dan token.

Untuk memberikan pengalaman dagangan terbaik kepada pedagang, Capital.com menggunakan sistem unik yang dipanggil Emotional Quotient (eQ). Iaitu sistem yang menggunakan untuk mengenal pasti corak dan tingkah laku yang paling biasa yang mungkin mempengaruhi keputusan pedagang. eQ menganalisis aktiviti pedagang dan menyediakan maklum balas dan cadangan yang diperibadikan selepas transaksi. Dengan cara ini, pengguna Capital.com menerima banyak sokongan untuk melengkapkan dan menambah baik keputusan perdagangan mereka dari masa ke semasa.

Capital.com telah melaburkan banyak wang dalam mewujudkan pendidikan kewangan, mencipta artikel dan bahan kajian untuk pelabur baru. Contoh nyata ialah Capital.com memiliki program yang menawarkan kursus dalam talian percuma, webinar dan bahan mengenai strategi dagangan, psikologi perdagangan dan banyak topik penting lainnya.

Capital.com juga mempunyai aplikasi pembelajarannya sendiri yang dipanggil Investmate, yang tersedia untuk iOS dan Android. Dalam aplikasi Investmate, pengguna boleh menentukan laluan dan matlamat pada pelaburan mereka, mendapatkan akses kepada lebih dari 30 kursus, pelajaran pendek dan soal selidik/ujian.

Jika anda seorang pelabur baru, anda boleh mengamalkan dagangan masa nyata di Capital.com tanpa sebarang risiko dengan menggunakan akaun demo. Akaun demo mengandungi semua ciri-ciri seperti akaun nyata tetapi anda boleh melabur di sana dengan “wang permainan”, bukan dengan wang anda sendiri. Dengan cara ini anda boleh belajar berdagang dan berlatih seberapa banyak yang anda mahu sebelum anda menggunakan wang anda sendiri.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

2. Crypto.com

Crypto.comCrypto.com diasaskan pada 2016 di Hong Kong. Ia kini menawarkan lebih daripada 250 mata wang kripto kepada lebih 10 juta pelanggan di seluruh dunia. Crypto.com memberi perkhidmatan kepada pengguna di 90 negara dengan rangkaian unik produk kewangan berkaitan mata wang kripto.

Senarai kepelbagaian mata wang kripto, harga yang rendah dan ciri-ciri tambahan menjadikan Crypto.com sesuai untuk pengguna mata wang kripto pemula hingga lanjutan.

Secara keseluruhan, Crypto.com adalah platform terbaik untuk mereka yang ingin melakukan lebih banyak dengan mata wang kripto mereka daripada hanya membeli dan menahan. Crypto.com adalah platform yang baik untuk pedagang aktif dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menggunakan kripto sebagai mata wang yang sebenar, bukan setakat pelaburan.

Di Crypto.com, pengguna boleh membeli, menjual dan berdagang senarai mata wang yang luas, dan menikmati yuran dagangan yang agak rendah. Selain itu, Crypro.com juga membolehkan pengguna mempertaruhkan kripto mereka, atau menyimpannya dalam dompet Crypto.com untuk tempoh yang ditetapkan serta memperoleh faedah sehingga 14.5%.

Crypto Com Beli Bitcoin

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

3. DeFi Swap

DefiSwapDeFi Swap ialah pertukaran terdesentralisasi baharu dan inovatif yang menawarkan rangkaian perkhidmatan penuh. Ianya merupakan tempat di mana pengguna boleh menukar token, mempertaruhkan CRO (platform token asli) dan mengira hasil mereka. DeFi Swap juga mempunyai reka bentuk ringkas yang mudah dinavigasi dan digunakan, dengan butang dan arahan yang jelas.

Tiada visual yang mengganggu dan maklumat tambahan. DeFi Swap boleh digunakan semasa menyambungkan dompet, atau dengan menggunakan Crypto.com dengan DeFi Wallet terbina dalam.

Secara ringkasnya, DeFi Swap ialah pertukaran terdesentralisasi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berpusatkan kripto yang mempunyai keupayaan untuk menukar satu token ke lainnya tanpa perlu melalui pertukaran berpusat.

Defi Swap Beli Bitcoin

Sebaliknya, anda hanya perlu menyambungkan dompet pilihan anda ke platform, pilih token yang ingin anda tukar kemudian DeFi Swap akan melaksanakan transaksi bagi pihak anda serta merta. Selain dapat menukar token Bitcoin tanpa nama, DeFi Swap menawarkan beberapa cara yang membolehkan anda mendapat faedah ke atas pelaburan aset digital terbiar anda.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang sangat tidak menentu.

4. PrimeXBT

Prime XBTPrimeXBT adalah platform pertukaran kripto yang berdaftar di Seychelles. Ia dilancarkan pada tahun 2018. Untuk lebih spesifik, PrimeXBT adalah pertukaran derivatif mata wang kripto. Ini bermakna bahawa anda pada dasarnya boleh memilih antara dua perkara: Sama ada memilih dalam masa yang panjang ataupun pendek. Memilih jangka panjang bermakna anda bertaruh bahawa mata wang kripto tertentu akan naik harganya, dan jika memilih pendek bermakna anda bertaruh bahawa harga mata wang kripto tertentu akan turun.

Prime XBT Beli Bitcoin

PrimeXBT menawarkan dagangan berleveraj pada platform dagangannya. Ini juga bermakna anda boleh menerima pendedahan yang lebih tinggi terhadap kenaikan atau penurunan harga kripto tertentu, tanpa memerlukan aset. Anda melakukan ini dengan “memanfaatkan” perdagangan anda, yang secara ringkas bermaksud bahawa anda meminjam dari pertukaran untuk bertaruh lebih banyak.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang sangat tidak menentu.

5. Binance

BinanceBinance adalah platform pertukaran mata wang kripto yang dilancarkan pada tahun 2017. Platform ini telah digunakan oleh lebih daripada 10 juta orang dan ianya telah memberikan kemudahan jumlah dagangan bernilai berbilion dolar setiap harinya. Ketika anda berhasrat untuk membeli Bitcoin di sini, Binance telah menyokong pembayaran deposit menggunakan kad debit / kredit. Caj yang dikenakan adalah 4.5% daripada jumlah transaksi dan itu agaklah mahal.

Dan, apabila anda berhasrat untuk terus membeli Bitcoin dengan dana yang telah anda depositkan, anda akan dikenai caj pembelian segera sebanyak 0.5%. Sebaliknya caj sebesar 0.10% hanya untuk komisen perdagangan spot di bursa binance utama. Tentu saja ini sangat kompetitif, jadi Binance dapat menjadi pilihan yang baik terlebih lagi jikalau anda mendapati diri anda sedang berdagang pasangan kripto-ke-kripto

Binance Beli Bitcoin

Dengan datangnya sokongan dari pasar, Binance mampu menawarkan lebih daripada 60 pasaran. Ianya merangkumi pilihan pelbagai token digital yang agak luas – meliputi kedua-dua projek besar maupun pertengahan. Bagi pelabur yang berpengalaman, Binance menawarkan perkhidmatan kaunter serta platform dagangan canggih dengan alat dan ciri-ciri analisis yang dipertingkatkan.

Sebagai satu antara bursa kripto terbesar secara keseluruhan, tahukah anda bahawa anda boleh membeli Celo dan mata wang kripto baru popular lainnya dengan kadar yuran transaksi yang rendah termasuklah Terra Luna. Dan ini boleh dikatakan yang terendah pada industri berkenaan jika dibandingkan dengan Coinbase dan Kraken? Untuk maklumat lanjut sila baca Ulasan Binance Kami hari ini.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

6. Bitstamp

BitstampBitstamp telah wujud hampir selagi kripto diasaskan. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2011 dan kini berpengkalan di Luxembourg. Bitstamp beroperasi di lebih daripada 100 negara. Hanya pengguna dari negara-negara tertentu yang dibenarkan bertransaksi di akaun mereka menggunakan kad kredit atau debit.

Bitstamp sesuai untuk pedagang pemula yang ingin mencuba pertukaran yang lebih kecil dan bukannya pilihan yang popular. Beberapa peniaga mungkin kurang menyukai Bitstamp kerana ia mempunyai pilihan pertukaran yang lebih sedikit dan terhad daripada beberapa pesaing. Walau bagaimanapun, pertukaran itu sesuai untuk peniaga dari semua peringkat pengalaman.

Bitstamp Beli Bitcoin

Pengguna Bitstamp boleh mengakses papan pemuka perdagangan asas dari bar navigasi di bahagian atas skrin. Papan pemuka asas membolehkan jenis transaksi yang paling biasa, seperti pesanan segera, pasaran, berhenti, dan had.

Pilihlah pasangan dagangan kripto yang anda minati, dan buat pesanan di sebelah kanan halaman. Deposit dan pengeluaran kripto (dan fiat) juga boleh dilakukan dari papan pemuka perdagangan asas. Kaedah pembayaran boleh diuruskan pada bahagian yang sama. Bitstamp membenarkan beberapa kaedah pembayaran seperti bank berwayar, pemindahan ACH, pemindahan SEPA, kad kredit / debit, dan pemindahan kripto.

Pengguna boleh mempertaruhkan aset tertentu melalui papan pemuka dan meletakkan pesanan mahupun menguruskan deposit / pengeluaran secara bersama-sama. Kini Bitstamp hanya membenarkan anda mempertaruhkan dua syiling iaitu ETH2 dan ALGO. Walaupun tiada bayaran langsung untuk pertaruhan, Bitstamp mengambil komisen 15% daripada setiap jumlah kumpulan ganjaran pengguna.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang sangat tidak menentu.

7. Sinegy

SinegySinegy adalah platform perdagangan Bitcoin, Ethereum dan XRP asal Malaysia yang dimiliki dan dikendalikan oleh SINEGY DAX Sdn.Bhd. Sinegy membawa misi untuk membawa aset digital lebih dekat ke Malaysia. Yang memungkinkan ribuan orang Malaysia untuk mengakses aset digital mereka melalui pertukaran digital di pasaran untuk kecairan yang lebih mendalam dan yuran yang lebih baik. SINEGY merupakan satu-satunya bursa kripto tempatan Malaysia yang baru-baru ini diberikan kelulusan bersyarat oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menjalankan pertukaran kripto.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menerbitkan garis panduan terkini mengenai penawaran Aset Digital – yang kini dikenali sebagai Tawaran Awal Bursa (IEO) sejajar dengan pendekatan progresifnya ke arah menginovasi pasaran modal dan menyokong usaha peringkat awal.

Platform ini menyerlahkan empat perkara berikut sebagai kelebihan utama daripada platform ini, iaitu sokongan langsung, diskaun yuran perdagangan, keselamatan storan sejuk dan pilihan untuk memulakan akaun korporat. Kita dapat melihat manfaat daripada semua kelebihan ini.

Sinegy Beli Bitcoin

SINEGY mengenakan caj pengambil sebesar 0.50% pada setiap perdagangan. Yuran pengambil ini jauh melebihi purata industri global untuk pertukaran berpusat. Menurut kajian empirikal terkini, yuran pengambil purata industri adalah 0.217% dan 0.164% untuk yuran pembuat. Oleh itu, bagi yuran pengambil perdagangan spot, penawaran SINEGY Marketplace tidak kompetitif.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang sangat tidak menentu.

Patutkah Saya Membeli Bitcoin Sekarang?

Bitcoin seringkali dianggap sebagai mata wang kripto terbaik untuk membuat pelaburan. Walau bagaimanapun, Jika anda tertanya-tanya apakah perlu untuk membeli Bitcoin sekarang ini – keputusan pelaburan anda haruslah berdasarkan kepada penyelidikan bebas.

Cara terbaik untuk memasuki pasaran ialah melalui strategi purata kos dolar, walaupun mungkin anda hendak mencuba untuk menetapkan masa pasaran dengan baik – ini yang akan kami jelaskan dengan lebih terperinci.

Antara perkara-perkara lain yang perlu anda dipertimbangkan dalam pelaburan Bitcoin ialah, Bitcoin sangatlah tidak menentu, boleh jadi mungkin anda akan mengalami perubahan harga yang cepat. Oleh itu, jika anda mempunyai toleransi risiko yang tinggi mungkin saja anda akan berminat dengan robot Bitcoin.

Ada banyak Bot kripto terbaik di luaran sana macam Bitcoin Prime, Bitcoin Prime ini membolehkan anda membuat spekulasi mengenai pergerakan harga kripto melalui CFD Bitcoin. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai robot Bitcoin maka kami mengesyorkan anda menyemak atau mendalami Ulasan Tentang Bitcoin Prime sekarang.

Cara terbaik untuk mengatasi perkara-perkara tersebut adalah dengan melibatkan diri dengan cara strategi beli dan tahan, ertinya ialah bahawa anda akan terus memegang dan menahan token BTC anda dalam jangka masa yang panjang. Dengan berbuat yang sedemikian, anda boleh menunggang gelombang yang tidak menentu yang kerap dihadapi oleh pasaran mata wang kripto.

Mungkin anda juga ingin mempertimbangkan Altcoin lain selain Bitcoin yang menarik, anda boleh mencuba LBLOCK, yang ditetapkan untuk merevolusikan industri loteri seperti yang kita ketahui. Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh membaca secara mendalam panduan cara membeli Lucky Block.

Faedah Membeli Bitcoin

Faedah Membeli BitcoinSebelum anda mempelajari cara-cara untuk membeli Bitcoin, Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan ialah sama ada kelas aset ini sesuai untuk matlamat portfolio anda ataupun tidak.

Dalam bahagian di bawah, kami membincangkan lima sebab utama mengapa begitu banyak pelabur-pelabur yang mencari tahu lebih jauh pendedahan-pendedahan kepada Bitcoin.

Pertumbuhan Besar Sejak tahun 2009

Jika anda berhasrat membeli Bitcoin hari ini, tentu anda berharap untuk mendapatkan pulangan yang besar ke atas pelaburan anda itu dan itulah pula alasan kenapa anda memutuskan membuat pelaburan. Dan inilah apa yang telah dicapai oleh Bitcoin sejak ia dilancarkan pada tahun 2009 lepas.

Dalam beberapa tahun pertama Bitcoin beroperasi, Bitcoin boleh dibeli pada harga kurang daripada RM5 bagi setiap token. Kemudian pada awal tahun 2017, mata wang digital ini telah telah melesat dengan didagangkan pada harga RM5000 bagi setiap token.

Ini bermakna bahawa sekiranya anda melabur lebih daripada lima tahun yang lalu dan bertahan sehingga Bitcoin mencapai tahap tertinggi sepanjang masa iaitu pada harga RM300,000 pada tahun 2021, wang anda akan bernilai hampir 7,000 peratus lebih.

Pertumbuhan Besar Sejak tahun 2009

Beli Dip

Cara terbaik untuk membeli Bitcoin mungkin adalah apabila pasaran mata wang kripto melalui penurunan lagi. Ini berlaku apabila harga Bitcoin melalui trend menurun.

Walaupun trend penurunan semacam ini sering menakutkan pelabur yang tidak berpengalaman, dengan membeli ketika berlaku penurunan akan membolehkan anda memasuki pasaran dengan diskaun.

Sebagai contoh, kami menyebutkan di atas tadi bahawa Bitcoin mampu mencecah RM300,000 pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, menjelang Januari 2022, token digital menjunam pada paras terendah iaitu RM150,000

Tetapi apa yang paling penting ialah, jika anda membeli Bitcoin pada harga RM150,000 berbanding RM300,000 – anda akan mendapatkannya pada harga diskaun lebih dari 50%.

Terdapat banyak peluang untuk membeli ketika berlaku trend penurunan di pasaran, Ini kerana Bitcoin dan mata wang kripto lainnya kerap melalui perubahan harga yang tidak menentu.

Beli Dip

Bekalan Terhad

Semua mata wang global – sama ada dolar AS, Euro, mahupun Paun Sterling pernah mengalami inflasi. Sebahagian besarnya ialah disebabkan oleh dasar monetari dan fiskal bank pusat, yang mengakibatkan apa yang disebut dengan mencetak wang.

Walau bagaimanapun, dalam kes Bitcoin, bekalan Bitcoin tidak dapat dimanipulasi oleh sesiapapun hatta pihak berkuasa sekalipun. Sebaliknya, Bitcoin baru akan dicetak secara automatik sekali setiap 10 minit.

Ini akan berlaku dan berterusan sehingga kira-kira pada tahun 2140 – dan ketika itu jumlah bekalannya akan dihadkan hanya kepada 21 juta token. Dari perspektif pelaburan, ini maknanya anda boleh membeli aset dalam banyak cara, dan itu tidak terlalu berbeza dengan emas.

Lagipula, Bitcoin dan emas keduanya ini mempunyai bekalan yang tetap, dan dengan itu pula – kedua-duanya dirujuk sebagai penyimpan nilai yang baik oleh banyak pengulas pasaran.

Transaksi Cepat dan Terdesentralisasi

Walaupun Bitcoin bukanlah rangkaian blockchain yang paling cekap, tetapi urus niaga rentas sempadan masih jauh lebih pantas daripada kaedah pembayaran tradisional. Sebagai contoh, tidak kira di mana pengirim dan penerima berada, urus niaga Bitcoin hanya akan mengambil masa 10 minit untuk tiba.

Selain itu, yuran yang dikenakan biasanya berjumlah kurang daripada RM25 setiap transaksi. Ini adalah kes tanpa mengira berapa banyak yang dihantar.

Dengan sistem sepenuhnya terdesentralisasi merupakan satu lagi faedah utama menghantar dan menerima transaksi melalui rangkaian Bitcoin. Sekali lagi, ini maknanya tiada orang, pihak berkuasa, bank pusat, atau kerajaan yang boleh mengawal dalam rangkaian.

Pembelian Unit Kecil

Satu lagi faedah utama membeli Bitcoin ialah mata wang digital ini boleh dibahagikan. Ini bermakna anda boleh membeli hanya sebahagian kecil daripada satu unit Bitcoin.

Sebagai contoh, jika satu token Bitcoin berharga RM180,000 dan anda memutuskan untuk melabur RM180 – Maka anda hanya akan membeli 0.1% daripada satu token.

Buat mereka yang kali pertama, ini amatlah sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan pendedahan kepada Bitcoin tanpa perlu mengambil risiko sejumlah besar wang. Ini membolehkan anda terlibat dalam strategi purata kos dolar.

Mendapat Faedah

Kini semakin banyak platform yang menawarkan akaun kripto untuk pelbagai jenis syiling, termasuk Bitcoin, dan yang membolehkan anda untuk memperoleh pendapatan secara pasif daripada mata wang kripto anda. Sekiranya anda mencari akaun Bitcoin dengan faedah terbaik, platform kripto Aqru menawarkan kadar faedah yang tinggi iaitu 7% pada deposit Bitcoin.

Kaedah Membeli Bitcoin

Sebaik sahaja anda telah meneliti dan menyemak Bitcoin dari atas ke bawah dan membuat keputusan untuk meneruskan membuat pelaburan, anda kemudiannya perlu untuk memikirkan kaedah pembayaran mana yang hendak anda dipilih.

Cara-cara terbaik untuk membeli Bitcoin dibincangkan di bawah ini.

Membeli Bitcoin Dengan PayPal

Kepelbagaian pilihan broker dalam talian membolehkan anda membeli Bitcoin dengan PayPal. Walau bagaimanapun, oleh kerana PayPal telah memasuki pasaran mata wang kripto itu sendiri, anda tidak akan mempunyai banyak platform untuk dipilih.

Dengan itu beberapa platform perdagangan mata wang kripto membolehkan deposit menggunakan PayPal dengan sekurang-kurangnya hanya RM50 tanpa sebarang yuran.

Beli Bitcoin Dengan Kad Kredit atau Kad Debit

Beberapa pertukaran mata wang kripto dan broker yang kami bincangkan ketika ini membolehkan anda membeli Bitcoin serta-merta dengan kad kredit mahupun kad debit.

Walaupun itu merupakan kaedah pembayaran yang paling mudah untuk dipilih, tetapi transaksi kad kredit/debit diketahui lebih mahal semasa membeli Bitcoin.

Sebagai contoh, kami menyebut sebelumnya bahawa Coinbase dan Binance mengenakan caj 3.99% dan 4.5% untuk pembayaran menggunakan kad kredit/debit.

Capital.com sebaliknya, tiada mengenakan sebarang bayaran untuk deposit menggunakan kad kredit/debit.

Beli Bitcoin Dengan Neteller atau Skrill

Alternatif lain yang perlu dipertimbangkan semasa memikirkan cara membeli Bitcoin serta-merta ialah menggunakan e-dompet seperti Neteller atau Skrill.

Seperti yang telah dinyatakan dalam bahagian di atas ini, Capital.com membenarkan deposit menggunakan e-dompet hanya daripada RM50 dan pembayaran anda akan dikreditkan ke akaun anda serta-merta.

Apakah Cara Terbaik untuk Membeli Bitcoin?

anda juga perlu untuk mempertimbangkan platform yang berbeza yang terdapat dalam landskap pelaburan Bitcoin.

Sebagai contoh, ramai pelabur tidak berpengalaman yang keliru dengan pertukaran dan broker Bitcoin yang dianggap sebagai dua perkara yang sama.

Walaupun kedua-dua jenis platform ini membawa anda akses ke pasaran Bitcoin, tetapi transaksi anda sebenarnya dijalankan dengan cara yang berbeza.

Bagaimana pula dengan isyarat kripto?

Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk membeli Bitcoin menggunakan isyarat kripto terbaik? Isyarat kripto adalah idea perdagangan yang dihantar oleh pelabur kripto canggih yang memberitahu anda sama ada anda perlu membeli atau menjual kripto-kripto tertentu pada harga dan pada masa tertentu.

Isyarat kripto yang terbaik adalah berdasarkan pelbagai metrik, seperti berita trending, analisis teknikal dan asas, pasaran menaik dan menurun, dan sentimen pelabur.

Pertukaran Bitcoin

Sebilangan besar platform Bitcoin beroperasi sebagai pertukaran mata wang kripto. Secara ringkas, ini bermakna pertukaran yang dimaksudkan tersebut bahawa platform tersebut beroperasi sebagai orang tengah antara pembeli dan penjual.

Sebagai contoh, katakanlah bahawa anda ingin membeli Bitcoin dengan dolar AS. Agar transaksi ini dapat dilakukan di bursa mata wang kripto, pengguna perlu menjual token Bitcoin mereka kepada anda sebagai pertukaran untuk dolar AS

Sebaliknya, pertukaran Bitcoin yang telah anda pilih akan mengenakan komisen sebaik sahaja perdagangan berjaya dilaksanakan. Masalah utama dengan pertukaran Bitcoin ini ialah banyaknya platform-platform yang tidak dikawal selia.

Walaupun ini mungkin saja menarik minat mereka yang ingin membeli Bitcoin dengan cara tanpa nama ataupun anonim, anda tidak boleh percaya sepenuhnya bahawa wang dan token digital anda selamat. Meskipun ini mungkin menarik bagi mereka yang ingin membeli Bitcoin secara anonim, anda tidak akan dapat memastikan bahawa wang dan token digital anda selamat.

Selain itu, pertukaran Bitcoin yang tidak dikawal selia selalunya hanya akan membolehkan anda mendepositkan dana dalam mata wang kripto – ini ertinya bahawa anda tidak akan dapat menggunakan kad debit / kredit atau melakukan pemindahan bank .

Broker Bitcoin

Jika anda belajar bagaimana cara untuk membeli Bitcoin buat kali pertama, maka mungkin lebih baik anda menggunakan broker. Tidak seperti pertukaran, broker duduk di tengah-tengah antara anda dan pasaran mata wang kripto. Dan oleh sebab itu, anda boleh membeli Bitcoin serta-merta menerusi broker.

Broker Bitcoin

Menggunakan broker adalah cara paling mudah dan cara yang paling penting untuk membeli Bitcoin dalam talian setakat ini. Sebagai contoh, broker seperti Capital.com dikawal selia oleh beberapa badan pelesenan – termasuklah SEC. Ini bermakna anda boleh memastikan bahawa dana dan aset digital anda berada dalam tangan yang selamat.

  • Satu lagi faedah utama menggunakan broker untuk membeli Bitcoin ialah anda boleh mendepositkan wang dolar AS anda melalui pelbagai kaedah pembayaran.
  • Kraken, sebagai contoh, telah menyokong deposit bank berwayar. Capital.com, Coinbase, dan Binance juga menawarkan sokongan untuk pembayaran menggunakan kad debit/kredit.

Dan akhirnya, ketika anda membeli Bitcoin pastikan untuk mempertimbangkan pilihan penyimpanan anda. Apabila anda menggunakan pertukaran, anda digalakkan untuk mengeluarkan aset digital anda ke dompet peribadi – yang boleh mengelirukan bagi pemula.

Sebaliknya, apabila anda menggunakan broker yang dikawal selia oleh badan pelesenan SEC seperti Capital.com untuk membeli Bitcoin, anda boleh meninggalkan token anda dalam portfolio anda dengan selamat. Ini membawa maksud bahawa Capital.com akan bertugas untuk memastikan bahawa token anda disimpan dengan selamat.

Pertukaran Terdesentralisasi (DEX)

Walaupun sebahagian besar perdagangan Bitcoin melalui pertukaran dan broker terpusat, tetapi perlu juga bagi anda untuk merujuk kepada peningkatan pertukaran terdesentralisasi (DEX). Secara ringkasnya, platform ini membolehkan anda membeli terus Bitcoin menerusi penjual tanpa melalui pihak ketiga.

Isu utama dengan pertukaran terdesentralisasi adalah bahawa mereka tidak dikawal selia oleh badan pelesenan. Selain itu, jumlah dagangan di DEX masih sangat rendah berbanding dengan bursa tradisional dan broker. Oleh itu, ini bermakna bahawa tahap kecairan sering tidak mencukupi untuk memudahkan perdagangan.

Harga Bitcoin

Apabila meneliti harga Bitcoin, anda akan dengan cepat melihat bahawa aset digital biasanya didagangkan dan disebut harga dalam dolar AS. Ini tidak terlalu berbeza dengan harga komoditi, seperti emas, perak, gandum, minyak, dan gas asli.

Dan, sama seperti komoditi keras dan lembut yang disebutkan di atas, harga mata wang digital seperti Bitcoin ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Iaitu, apabila semakin ramai orang membeli Bitcoin, nilainya akan meningkat. Tetapi, apabila tekanan menjual melebihi pesanan belian baru, harganya akan menurun.

Harga Bitcoin

Harga Bitcoin Permodalan Pasaran Julat 24J Bekalan Beredar Isipadu 24J Jumlah Bekalan
RM89,000 RM1,6T RM85,000 – RM90,000 19.09M (90%) RM1,1T 19091700 BTC

Dari segi sejarah tindakan harga, kami menyebut sebelum ini bahawa Bitcoin pada mulanya didagangkan pada kurang daripada RM4,5. Untuk makluman anda, Bitcoin kali terakhir mencecah paras tertinggi di bawah RM310,000 pada Ogos 2021.

Perkara lain yang perlu diperhatikan mengenai harga Bitcoin adalah bahawa ia tidak berdagang di bursa berpusat. Ini sangat berbeza dengan saham tradisional – yang disenaraikan di bursa terkawal berpusat seperti NYSE atau NASDAQ.

Akibatnya, anda akan melihat bahawa harga Bitcoin mungkin turun naik sedikit di bursa yang berbeza. Pembezaan ini akan menjadi sangat kecil dan sebarang jurang dalam harga akan cepat diambil kesempatan oleh penimbang tara pasaran.

Ramalan Harga Bitcoin

anda tidak akan kekurangan pilihan sekiranya anda hendak meneliti ramalan harga Bitcoin, anda hanya perlu melayari internet untuk mengetahui analisis arah mana harga Bitcoin mungkin akan diambil dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, jangan salah mengenainya, jarang sekali ramalan Bitcoin membuahkan hasil. Lain daripada itu, walaupun artikel yang menjelaskan bahawa Bitcoin ditetapkan untuk meningkatkan nilai dapat dengan mudah anda temukan di internet, sama juga, anda juga akan menemui ramalan harga yang mengatakan sebaliknya.

Dengan ini, daripada memberi tumpuan kepada ramalan harga Bitcoin, lagi baik mendekati mata wang digital melalui strategi jangka panjang.

Dengan kata lain, jika anda percaya bahawa Bitcoin akan terus meningkat sepanjang masa, maka memegang Bitcoin dengan jangka panjang akan membolehkan anda mengeluarkannya ketika harga naik mahupun ketika harga turun.

Bila Hendak Beli Bitcoin

Sebelum ini kami menyebut secara ringkas bahawa daripada mencuba masa pasaran, lebih baik mempertimbangkan purata kos dolar dalam pelaburan anda.

Dalam bentuk yang paling asas, ini bermakna melakukan jadual pelaburan pembelian biasa dan lebih kecil. Sebagai contoh, anda mungkin mempertimbangkan untuk membeli Bitcoin bernilai RM1,350 pada setiap hujung bulan. Atau, membeli Bitcoin bernilai RM335 setiap minggu.

Berikut ialah contoh pantas untuk membantu pendedahan dan pencerahan:

  • Pada bulan ke 1, anda membeli Bitcoin bernilai RM1,350 pada harga token RM179,000
  • Pada bulan ke 2, anda membeli Bitcoin bernilai RM1,350 pada harga token RM223,340
  • Pada bulan ke 3, anda membeli Bitcoin bernilai RM1,350 pada harga token RM135,000
  • Pada bulan ke 4, anda membeli Bitcoin bernilai RM1,350 pada harga token RM135,000

Sepanjang pelaburan empat bulanan anda sebanyak RM1,350 itu, kini anda mempunyai harga pembelian purata RM165,000. Perkara yang baik tentang purata kos dolar ialah anda mengikuti sentimen pasaran yang lebih luas dari masa ke masa.

Ini maknanya apabila Bitcoin melalui trend menurun, anda akan mengurangkan kos purata portfolio pelaburan anda melalui pembelian yang lebih murah. Sebaliknya, apabila Bitcoin sedang melalui trend menaik, anda akan melabur apabila harga meningkat.

Membeli BTC Dip

Dalam panduan ini kami membincangkan berkenaan membeli penurunan lebih awal. Untuk merakam semula, ini adalah cara sesetengah pelabur melihat masa pasaran.

Lebih khusus lagi, anda mungkin mempertimbangkan untuk membeli Bitcoin semasa trend menurun dengan tujuan membayar harga kos yang lebih rendah.

Walau bagaimanapun – dan seperti di pasaran saham tradisional, sejarah menunjukkan bahawa purata kos dolar jauh lebih berkesan daripada perspektif keuntungan daripada yang sentiasa membeli ketika berlaku penurunan.

Mungkin anda berpotensi untuk kehilangan, jika Bitcoin melalui trend menaik yang berkepanjangan. Lagipula anda mungkin tidak akan membuat pembelian lain sehingga harga Bitcoin turun lagi.

Cara Membeli Bitcoin Dengan Selamat

Terdapat beberapa cara yang boleh anda buat untuk memastikan bahawa anda membeli Bitcoin dengan selamat. Bukan sahaja dari segi menggunakan broker terkawal selia untuk melengkapkan pembelian anda, tetapi juga dari segi keselamatan dompet.

Inilah yang perlu anda ketahui untuk membeli dan memegang Bitcoin dengan cara yang selamat.

Broker yang Dikawal Selia

Tidak perlu dikatakan lagi bahawa cara paling selamat untuk membeli Bitcoin dalam talian sememangnya adalah melalui broker dalam talian yang dikawal selia.

Di manapun anda berada, maka broker Bitcoin yang menjadi pilihan anda mestilah harus broker yang memegang lesen dari SEC serta menjadi ahli FINRA.

Ini adalah salah satu sebab mengapa untuk proses pelaburan Bitcoin kami lebih menyukai Capital.com – setidaknya platform Capital.com memenuhi kriteria yang disebutkan di atas tadi. Untuk penelitian yang lebih besar, Capital.com juga dilesenkan oleh pengawal selia di Eropah dan Australia.

Apabila menggunakan broker yang dikawal selia, anda tidak akan dapat membeli Bitcoin secara anonim. Ini kerana broker berkenaan perlu untuk mematuhi peraturan anti pengubahan wang haram dengan mengesahkan data peribadi anda.

Ini boleh dicapai dengan mudah dengan memuat naik salinan dokumen pengenalan anda

Berhati-hati dengan Yuran

Untuk membeli Bitcoin dengan selamat, anda perlu mempunyai pemahaman yang kukuh tentang yuran yang nantinya akan anda bayar. Ini kerana beberapa kaedah dalam pembelian Bitcoin menjadi lebih mahal.

Yuran yang paling penting untuk dicari termasuk:

  • Komisen: Ini adalah yuran yang dikenakan oleh broker dan bursa. Keduanya akan mengenakan yuran apabila anda membeli dan menjual Bitcoin. Ini biasanya peratusan
  • Spread: Ini adalah yuran yang paling sukar untuk dinilai, ianya dapat dianggap sebagai kenaikan antara harga beli dan jual yang ditawarkan oleh platform pilihan anda. Pada Capital.com, sebagai contoh, spread bermula dari hanya 0.75%.
  • Debit / Kad Kredit: Jika anda memutuskan untuk membeli Bitcoin dengan kad debit/kredit, buatlah jangkaan untuk membayar hanya antara 3-5% dengan broker pilihan anda. Dengan itu, anda boleh mengelak daripada membayar yuran transaksi sepenuhnya yang dikenakan apabila anda menggunakan Capital.com ketika mendepositkan dana dalam dolar AS.

Perkara lain yang perlu diketahui mengenai yuran semasa membeli Bitcoin adalah bahawa anda harus mengelakkan menggunakan ATM mata wang kripto – yang mana terdapat beribu-ribu dan tersebar di beberapa negara. Ini kerana secara purata, anda akan dikenakan bayaran yang lebih mahal iaitu antara 10-20%.

Lebih-lebih lagi, bayaran ini selalunya tidak dinyatakan. Sebaliknya, yuran disebut dari segi jumlah Bitcoin yang nantinya akan anda dapatkan.

Sebagai contoh, jika harga pasaran sebenar Bitcoin ialah RM179,000 dan ATM Bitcoin mengenakan bayaran 20%, maka anda akan terkejut apabila membayar RM35,000 untuk setiap token. Dan oleh itu, anda memerlukan Bitcoin anda meningkat sebanyak 20% hanya untuk mengelakkan kerugian.

Menyimpan

Sebaik sahaja anda telah menyelesaikan pembelian Bitcoin anda, anda perlu membuat keputusan bagaimana cara untuk menyimpan token anda. Dalam banyak kes, selain pengecualian ganjil – seperti Coinmama, anda akan mempunyai banyak pilihan untuk meninggalkan token Bitcoin anda pada platform pembelian yang anda buat.

Ini boleh menjadi pilihan yang selamat dan mudah jika anda menggunakan broker yang dikawal selia dan dipercayai seperti Capital.com atau Coinbase. Walau bagaimanapun, jika anda meninggalkan token anda pada platform yang tidak berlesen, maka anda telah meletakkan dana anda sebagai berisiko.

Sebagai contoh, pada tahun 2021 sahaja, dianggarkan bahawa aset digital bernilai lebih RM18 bilion dicuri dari kedua-dua pertukaran berpusat dan terdesentralisasi.

Keselamatan Dompet Bitcoin

Walaupun Capital.com yang merupakan broker yang dikawal selia dan dapat dianggap sebagai pilihan penyimpanan token Bitcoin terbaik. Akan tetapi mungkin sesetengah dari orang-orang seperti anda lebih suka mengekalkan kawalan 100% ke atas aset digital anda. Dan jika ini berlaku, mungkin anda berfikir dan berkeinginan untuk mengeluarkan token anda ke dompet peribadi anda.

Tidak kira jenis dompet apa yang anda pilih (mudah alih, desktop, dan lainnya), anda perlu memastikan bahawa anda mengikuti satu set protokol keselamatan. Ini termasuk membuat kata laluan/PIN yang kukuh dan memastikan bahawa anda menyimpan kunci peribadi anda tertulis pada sekeping kertas di tempat yang selamat.

Selain itu, adalah penting untuk anda mengelak daripada mengklik pautan yang tidak diketahui dan tidak dikenali pada peranti di mana dompet Bitcoin anda disimpan.

Keselamatan Dompet Bitcoin

Pastikan Pertaruhan Yang Masuk Akal

Petua lain untuk memastikan bahawa anda membeli Bitcoin dengan selamat adalah ianya masuk akal dengan kepentingan pelaburan anda. Ringkasnya ini bermakna anda tidak pernah melabur lebih banyak daripada yang anda mampu untuk kehilangan.

Untuk melakukan perkara sedemikian, anda perlu menggunakan broker yang menyokong deposit minimum yang kecil dan pelaburan yang rendah. Di Capital.com, sebagai contoh, anda hanya perlu mendepositkan dan melabur RM90 ke dalam Bitcoin.

Bolehkah anda Membeli Bitcoin Tanpa Dokumen Pengenalan?

Kami menyebut sebelum ini bahawa dengan menggunakan broker terkawal untuk membeli Bitcoin dalam talian, anda perlu melalui proses pengesahan identiti dengan memuat naik salinan dokumen pengenalan anda..

Ini juga berlaku dengan bursa yang tak dikawal selia dan yang menerima deposit dalam bentuk dolar AS. Dengan demikian, banyak pertukaran mata wang kripto yang membolehkan anda berdagang tanpa nama. Satu-satunya notis di sini ialah anda perlu mendepositkan dana dengan mata wang kripto.

Ini bermaksud bahawa untuk membeli Bitcoin tanpa dokumen pengenalan, anda perlu membiayai akaun anda dengan aset digital lain seperti Ethereum. Kemudian, anda perlu menukar token ETH anda untuk menjadi Bitcoin.

Bagaimana Cara Membeli Bitcoin Dalam Talian – Tutorial

Sekiranya panduan pantas sebelumnya mengenai cara membeli Bitcoin tidak cukup terperinci untuk anda, di bawah ini kami menerangkan proses langkah demi langkah dengan cara yang lebih terperinci.

Langkah 1 : Buka Akaun

Pertama, anda perlu mendaftar akaun dengan Capital.com Ini memerlukan untuk memasukkan beberapa maklumat asas tentang siapa anda – seperti nama, tarikh lahir, dan kewarganegaraan anda.

anda juga dikehendaki untuk memasukkan dan mengesahkan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit anda.

Buka Akaun

Langkah 2: Muat Naik Dokumen Pengenalan

Sekali lagi, Ketika menggunakan broker dalam talian yang dikawal selia seperti Capital.com, anda akan mempunyai akses kepada deposit dan pengeluaran dalam dolar AS.

Walau bagaimanapun, ini juga bermakna anda perlu memuat naik salinan dokumen pengenalan anda. Sebaik sahaja anda memuat naik salinan dokumen pengenalan anda dengan jelas, Capital.com sepatutnya dapat mengesahkannya dengan segera.

Muat Naik Dokumen Pengenalan

Langkah 3: Deposit Dana

Kini anda boleh membuat deposit ke dalam akaun Capital.com anda – dengan broker dikawal selia yang menyokong banyak kaedah pembayaran. Ini merangkumi segala-galanya dari kad debit / kredit dan ACH hingga PayPal dan bank berwayar.

Dan, bukan sahaja ambang deposit minimum yang ditetapkan kepada RM90 yang sangat munasabah – tetapi tiada bayaran yang dikenakan ke atas deposit dolar AS – tanpa mengira jenis pembayaran yang digunakan.

Deposit Dana

Langkah 4: Cari BTC

Dalam bar carian – yang terletak di bahagian atas skrin, masukkan ‘BTC’.

Cari BTC

Apabila anda melihat Bitcoin muncul di bawah bar carian, yang dalam imej di atas, anda boleh mengklik pada butang ‘Trade’.

Langkah 5: Beli Bitcoin

Dan akhirnya, anda kini hanya perlu membuat pesanan beli supaya Capital.com tahu bahawa anda ingin melabur Bitcoin. Untuk proses pada bahagian ini, anda hanya perlu menentukan jumlah kepentingan anda iaitu dengan jumlah minimum RM90.

Beli Bitcoin

Dalam contoh kami di atas, kami ingin membeli Bitcoin pada jumlah kepentingan RM445. Sebaik sahaja anda menekan butang ‘Open Trade‘, Capital.com akan menjalankan perdagangan anda dengan serta-merta, dan token akan ditambahkan ke portfolio anda.

Cara Menjual Bitcoin

Jika anda memutuskan untuk meninggalkan token BTC anda dalam akaun Capital.com anda, maka proses mengeluarkan wang adalah serta-merta. Apa yang perlu anda lakukan ialah membuat pesanan jual dari dalam portfolio anda – yang boleh anda lakukan dengan mengklik butang palang merah yang terletak di sebelah pelaburan Bitcoin anda.

Kemudian, anda boleh klik pada butang ‘Close Trade’. Dengan berbuat demikian, Capital.com akan menjual token anda dengan serta-merta dan menambah hasil tunai ke baki akaun anda – yang boleh anda keluarkan.

Sebaliknya, jika anda kini mempunyai Bitcoin disimpan dalam dompet peribadi, untuk mengeluarkan wang, anda perlu terlebih dahulu memindahkan token ke pertukaran mata wang kripto.

Jadi, setelah anda tahu cara membeli dan menjual BTC, anda mungkin juga ingin membaca panduan kami tentang cara membelanjakan Bitcoin pada tahun 2022.

Berita Bitcoin Terkini

Akhirnya, mari kita lihat dengan pantas berita mingguan Bitcoin terkini bermula 4 Julai 2022, untuk memastikan anda mendapat berita kemas kini dengan sebarang perkembangan penting atau pergerakan harga:

  • Selepas beberapa saat berehat seminggu sebelumnya, ia kembali kepada momentum menurun untuk Bitcoin. Nilai syiling tenggelam lebih dari 8% sepanjang minggu dan kini berlegar di atas paras RM85,000
  • Walau bagaimanapun, ia bukanlah malapetaka dan kesuraman, kerana penganalisis Deutsche Bank meramalkan bahawa duit syiling itu boleh melantun semula kepada RM125,000 menjelang hujung tahun ini. Justifikasi untuk tuntutan ini ialah BTC kini mencerminkan pasaran ekuiti, dengan S&P dijangka juga akan pulih.
  • Akhirnya, CFTC memfailkan saman sivil di mahkamah Persekutuan minggu lalu terhadap seorang warga Afrika Selatan yang didakwa mendalangi skim penipuan terbesar melibatkan Bitcoin.Tertuduh dipercayai memiliki BTC bernilai lebih dari RM7,5 bilion antara tahun 2018 dan 2021.

Kesimpulan

Panduan pemula ini tidak meninggalkan ataupun melewatkan pendedahan bisnis tentang belajar cara membeli Bitcoin.

Kami telah merangkumi segala-galanya daripada ulasan bursa Bitcoin teratas hingga perbincangan mengenai kaedah-kaedah pembayaran yang terbaik untuk digunakan.

Dan, tentu saja, kami juga telah membimbing anda melalui proses cara membeli Bitcoin melalui broker Capital.com, broker yang dikawal selia SEC dengan cara yang sangat selamat

Di Capital.com, anda boleh menggunakan kad debit/kredit, pemindahan bank menggunakan e-dompet untuk membayar pelaburan Bitcoin anda dan keperluan deposit minimum yang hanya RM90.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang sangat tidak menentu.

Soalan lazim

Bagaimana saya mula membeli Bitcoin?

Bolehkah saya membeli satu Bitcoin?

Adakah Bitcoin pelaburan yang baik?

Bagaimanakah saya boleh membeli stok Bitcoin?

Apakah laman web terbaik untuk membeli Bitcoin?

Apa yang boleh saya beli dengan Bitcoin?

Apakah cara paling murah untuk membeli Bitcoin?

Adakah sudah terlambat untuk membeli Bitcoin?

Bagaimana cara untuk membeli dan menjual Bitcoin tanpa bayaran?

Bagaimana cara membeli Bitcoin dengan PayPal?