Altcoin adalah singkatan kepada Alternative Coin atau juga disebut syiling alternatif. Altcoin ialah merujuk kepada mata wang kripto selain daripada Bitcoin. Ada lebih dari 18,000+ syiling alternatif yang disenaraikan di CoinMarketCap. Ini bermakna, para pelabur mempunyai kepelbagaian pilihan untuk memilih aset digital yang sesuai dengan portfolio mereka.

Pada panduan kali ini, kami akan membincangkan 6 syiling alternatif terbaik untuk anda beli – semua syiling alternatif yang kami senaraikan disini menawarkan potensi peningkatan yang menarik. Ianya terdiri daripada altcoin yang akan datang dan dalam masa prajualan sekarang sehingga projek altcoin baru yang dilancarkan tahun ini, serta beberapa aset yang mantap dengan had pasaran yang tinggi.

6 Altcoin Teratas Yang Disyorkan untuk Dibeli pada 2023

Di bawah ialah senarai 6 teratas altcoin yang disyorkan terbaik kami untuk dibeli tahun ini. Ianya mengekalkan diversifikasi portfolio kerana berpotensi mendapat keuntungan lebih tinggi pada altcoin, begitu juga potensi kelemahannya.

  1. Dash2Trade – Altcoin Baharu Dengan Ciri Unik
  2. RobotEra – Metaverse di mana orang boleh membina dunia sendiri dan berhubung dengan Dunia lain dan komuniti NFT.
  3. IMPT – Altcoin Baharu Terbaik untuk Dibeli 2023
  4. Tamadoge – Altcoin Teratas untuk Dibeli Sekarang
  5. Battle Infinity – Altcoin terbaik yang dijual dengan cepat dalam prajualan
  6. Lucky Block – Altcoin Teratas dengan Ciri Permainan Kripto
  7. DeFi Coin – Token Asli DEX Baharu dari DeFi Swap yang Menarik

Melihat Lebih Dekat Altcoin Terbaik untuk Melabur

Memilih altcoin terbaik untuk portfolio bukanlah satu perkara yang mudah – Ini kerana banyaknya mata wang digital dalam edaran diluaran sana. Antara faktor yang menjadi pertimbangan memilih pertukaran altcoin terbaik ialah kadar yuran yang rendah.

Anda perlu menyelidik dan membuat kajian pada metrik utama yang mengelilingi matlamat projek, tindakan sejarah harganya, permodalan pasaran semasa dan banyak lagi. Dengan mengambil kira perkara ini, Pada bahagian bawah ini, kami akan berkongsi dengan anda senarai altcoin terbaik keseluruhan dengan analisis penuh untuk dilaburkan tahun ini:

1. Dash2Trade (DTT) – Altcoin Baharu Dengan Ciri Unik

Dash2TradeDash2Trade (DTT) ialah altcoin baharu yang dikeluarkan oleh platform pertukaran kripto global Kumpulan Dash2. Ianya dicipta untuk menyediakan dan menawarkan pengalaman perdagangan terbaik kepada pedagang kripto berpengalaman melalui platformnya. Dash2Trade menawarkan ciri-ciri utama seperti Data Pasaran, Perangkaan Pasaran, Statistik Sosial, Statistik dalam Rangkaian, dan Token Prajualan.

Manakala platform Dash2 pula menawarkan ciri-ciri seperti Senarai Pantau dan Strim Acara. Senarai Pantau ialah satu ciri yang membenarkan pengguna membuat senarai token untuk ditonton. Manakala Strim acara pula ialah aliran acara pasaran untuk token yang berada dalam senarai pantau pengguna yang bekerja berdasarkan algoritma pengesanan terpencil.

Ia akan memberikan maklumat berkaitan pergerakan token. Bukan sahaja peristiwa harian, pergerakan harga BTC 0.1% juga boleh ia kesan. Tidak hanya itu, ciri-ciri lanjutan yang akan dibina pada fasa yang akan datang membolehkan pengguna membuat strategi perdagangan dan melaksanakannya di pasaran. Tentu saja, ini akan membuat platform menjadi lebih interaktif

Dash2Trade Altcoin

Dash2 menggunakan satu kaedah metrik sosial yang unik, ia mempunyai keupayaan untuk mengesan dan menjejaki perbualan di media sosial yang berpotensi untuk menggerakkan pasaran.

Seterusnya maklumat tersebut ia sediakan kepada pengguna mereka, dan ianya relevan sebagai penilaian untuk memperuntukkan pembiayaan, memperoleh nilai, dan memenuhi keperluan perdagangan daripada semua peringkat pengguna mereka, sama ada pemula mahupun pengguna berpengalaman.

Dengan semua alat dan penunjuk berteknologi tinggi yang dipertingkatkan, menjadikan DTT sebagai altcoin yang diperlukan oleh pedagang yang selalu mengejar peluang-peluang perdagangan yang menguntungkan.

Sebagai altcoin daripada platform pertukaran bereputasi yang dikawal selia dan dipercayai global. tentu saja DTT merupakan altcoin yang selamat dan dijamin akan ketelusannya. Tambahan pula, dengan perkhidmatan sokongan pelanggan yang luar biasa, kadar yuran yang sangat kompetitif, menjadikan syiling Dash2Trade sebagai salah satu altcoin yang menjanjikan tahun 2023 ini.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

RobotEra – Projek ICO Paling Inovatif pada 2022

Dua hari lalu, pasaran dikejutkan dengan aktiviti pra-jualan token baharu oleh RobotEra. Selepas setahun membina mata wang kripto multiverse dan peta jalan NFT, RobotEra melancarkan pra-jualan token yang dipanggil $TARO. Sebelum pelancarannya, RobotEra bekerjasama dengan beberapa institusi antarabangsa, diiktiraf oleh institusi ekonomi, mengeluarkan whitepaper versi 1.0, dan melengkapi rakan robotnya. Setelah lama menunggu, pra-jualan kini tiba!

$TARO dikenali sebagai salah satu pra-jualan token terbaik dan termurah di dunia. Dengan hanya 0.092 MYR, anda sudah dboleh mempunyai token $TARO. Keselamatan $TARO telah disahkan oleh KYC oleh sebab itu masa depan $TARO dipercayai sebagai salah satu mata wang kripto yang paling menjanjikan dalam sejarah. Apabila anda mempunyai $TARO, anda menjamin diri anda sebagai robot yang mampu menguruskan tanah anda sendiri secara maya. Begitu juga, anda akan dapat menyumbang kepada pembangunan dunia baharu.

Selain itu, sebagai projek ICO yang paling inovatif pada 2022, RobotEra menyediakan ekosistem untuk pelabur dapat memperoleh sumber dari tanah dan mencipta inovasi menggunakan robot. Pernahkah anda membayangkan mempunyai pelbagai sumber? $TARO adalah jawapan kepada imaginasi bercita-cita tinggi anda. Akhirnya, memiliki $TARO hanya selangkah lagi untuk membina galaksi metaverse pada tahun 2023!

2. Battle Infinity (IBAT) – Altcoin Baharu Terbaik untuk Dibeli

Battle InfinityBattle Infinity, adalah salah satu permainan kripto yang berpotensi menjadi altcoin terbaik tahun ini.

Seperti namanya, Battle Infinity ialah permainan kripto yang berkisar tentang permainan ‘pertempuran’ – dengan Liga Perdana IBAT yang berada dihadapan dan ditengah-tengahnya. Ciri ini bertindak seperti liga sukan fantasi. Ianya disepadukan dengan NFT dan dihoskan pada blockchain. Oleh itu, pengguna satu dan pengguna lainnya boleh menjual mahupun membeli pemain melalui pasaran NFT Battle Infinity terbina dalam – dan semuanya akan mendapat manfaat daripada proses yang telus dan terpencar.

Battle Infinity Altcoin Baharu Terbaik untuk Dibeli

Sebagaimana projek baharu NFT lainnya, Pasaran NFT Battle infinity atau dipanggil sebagai ‘Battle Market’ ini juga menawarkan kepada pengguna yang ingin mencetak dan menjual karya seni digital mereka sendiri ataupun menaik taraf avatar pada permainan mereka dengan item yang menarik.

Selain itu, pengguna juga boleh membeli plot tanah maya dalam syiling metaverse atau juga dipanggil Battle Arena. Tanah maya boleh menjana pendapatan pasif dengan mengiklankan melalui papan iklan dalam permainan.

Token asli Battle Infinity yang disebut IBAT akan membantu anda untuk memudahkan transaksi dan memberikan pendapatan melalui pertaruhan. Battle Infinity juga merupakan sebuah altcoin dengan kredibiliti kukuh, memandangkan proses Kenali Pelanggan Anda – KYC pada Battle Infinity disahkan oleh CoinSniper dan diaudit sepenuhnya oleh SolidProof.io.

Pastikan anda membaca panduan kami secara terperinci cara-cara untuk membeli syiling Battle Infinity sekarang. IBAT adalah syiling token asli Battle Infinity yang telah disenaraikan di PancakeSwap pada Ogos dan menyaksikan kenaikan harga sehingga 700% daripada prajualan.

Manakala sebelum penyenaraian di LBank pada akhir Ogos pula, ia menyaksikan kenaikan harga sehingga 200%. Oleh itu, tidak berlebihan jika IBAT dikatakan sebagai altcoin masa depan yang mempunyai prospek yang cerah.

Dengan lebih banyak penyenaraian dan pertaruhan yang dirancang dalam masa terdekat serta akan disiarkan tidak lama lagi, diharapkan akan lebih banyak volume dan pertumbuhan positif yang dijangka untuk projek dan token IBAT. Anda boleh menyertai kumpulan sembang Telegram untuk terus kemaskini (admin tidak akan pernah DM anda terlebih dahulu ataupun meminta frasa laluan anda).

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

3. Tamadoge (TAMA) – Altcoin Terbaik untuk Dibeli Sekarang

Tamadoge (TAMA) adalah projek mata wang kripto akan datang yang menawarkan ciri Play to earn (P2E) dan berbagai faedah serta ganjaran untuk pengguna dan peserta. Tamadoge ialah mata wang kripto asli Tamaverse – yang menggabungkan konsep permainan Metaverse dan P2E yang berkisar tentang haiwan peliharaan doge. Dengan sokongan media sosial yang kuat menjadikan mata wang kripto doge menjadi semakin popular. Tamadoge juga merupakan token berbilang utiliti yang menawarkan kepelbagaian penggunaan kepada pelabur.

Token TAMA dapat digunakan untuk menyelesaikan sebarang transaksi, berdagang NFT dan memberi ganjaran kepada pengguna di Tamaverse. Haiwan peliharaan Tamadoge merupakan ciri utama platform P2E – Setiap haiwan peliharaan Tamadoge akan dicetak sebagai NFT unik yang ditempa menggunakan fungsi kontrak pintar. Pemain boleh membeli haiwan peliharaan ini di Kedai TAMA dengan menggunakan token TAMA.

Tamadoge Altcoin Terbaik untuk Dibeli Sekarang

Haiwan peliharaan Tamadoge boleh dipelihara dan dibiakkan serta dapat diikutsertakan dalam pertandingan bulanan, Haiwan peliharaan yang berprestasi akan mendapat ganjaran token daripada Dogepool. Token TAMA dikeluarkan pada harga RM0.045 setiap satu.

Dan selepas menamatkan kempen kripto prajualan dengan jayanya yang berakhir pada 18 September 2022 lepas, TAMA berjaya mengumpul RM86,8 juta dari prajualan tersebut. Kini, nilai token TAMA telah meningkat kepada RM0.13 selepas prajualan berakhir – iaitu kenaikan harga 3x ganda.

Walaupun keadaan pasaran yang menurun atau dikenali sebagai ‘Bear Market’ berterusan pada 2022 ini. Tetapi kejayaan kempen prajualan TAMA sebelum ini telah menjadikan TAMA sebagai pelaburan baharu yang menarik untuk disaksikan. Tamadoge menyediakan 50% daripada 2 bilion bekalan token yang dijual pada kempen prajualan, kemudian 20% lagi di senaraikan di bursa terdesentralisasi (DEX) dan terpusat (CEX) iaitu di Uniswap dan Lbank.

Dan baki 30% lagi, akan dibuka untuk penempahan dalam tempoh 10 tahun akan datang. TAMA merupakan aset deflasi – ini kerana 5% daripada semua token yang dibelanjakan akan dibakar. Ianya untuk memastikan bahawa bekalan tidak pernah melebihi permintaan, dan berpotensi menjadikan syiling lebih berharga dalam jangka masa panjang.

Apa yang menarik ialah, tiada cukai apabila anda membeli atau menjual syiling ini, dan itu merupakan ciri penting token TAMA. Tamadoge hanya akan menjana wang anda apabila token TAMA anda dibelanjakan dalam permainan untuk membeli NFT haiwan peliharaan di kedai TAMA

Permainan metaverse yang akan hadir tidak lama lagi ini telah disahkan oleh CoinSniper dan juga telah selesai diaudit oleh SolidProof. Oleh itu, pengguna kini boleh membeli syiling TAMA semasa tempoh prajualan. Tambahan pula, gerbang fiat Transak telah mengumumkan perkongsian dengan Tamadoge, ini bermakna proses transaksi akan menjadi lebih mudah.

Ikuti Saluran Telegram Tamadoge untuk dapat mengekalkan kemaskini berita terkini mengenai Tamadoge. Anda tidak perlu risau, kerana Admin Telegram tidak akan DM anda terlebih dahulu.

Pelaburan Minimum 1,000 TAMA (∼RM144 + yuran gas)
Pelaburan Maksimum Tiada
Kaedah Pembelian ETH, USDT, Kad Debit / Kredit (melalui Transak)
Rantai Ethereum
Prajualan Berakhir 18hb September 2022

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

4. Lucky Block (LBLOCK) – Altcoin Teratas dengan Ciri Permainan Kripto

Lucky BlockTahukah anda bahawa Lucky Block ialah salah satu token paling di bawah nilai (undervalued) dan token utiliti terbaik pada tahun 2023?

Selepas menyelidik dan meneliti projek Lucky Block dengan menghabiskan masa berjam-jam – kami mendapati bahawa mata wang digital ini adalah salah satu altcoin terbaik untuk dibeli pada tahun 2022. Secara ringkasnya, Lucky Block sedang mencipta ekosistem baharu yang memfokuskan pada permainan play to earn-P2E yang adil dan telus.

Sistem permainan P2E Lucky Block dibina di atas protokol blockchain yang dapat diakses menggunakan aplikasi mudah alih dan perisian komputer desktop/laptop – Ini bermakna proses pemungutan hadiah dilakukan secara rawak untuk menjamin keadilan – Tambahan pula, hasil permainan juga dijana melalui kontrak pintar.

Ini juga bermakna bahawa pengguna boleh percaya jika permainan adalah 100% tidak dipratakrif atau dimanipulasi secara dalaman mahupun luaran. Satu lagi alasan utama mengapa kami berpendapat bahawa Lucky Block merupakan altcoin terbaik keseluruhan untuk dibeli tahun 2022 ini ialah kerana permainan P2E mereka akan dijadikan platform permainan global – ini bermakna pemain tidak dihadkan berdasarkan tempat mahupun negara mana mereka tinggal.

Lucky Block Altcoin Teratas dengan Ciri Permainan Kripto

Ini merupakan cara yang sangat berbeza tidak seperti hadiah pada permainan tradisional yang dijalankan – yang biasanya ditawarkan secara nasional. Jika anda berfikir seperti kami, tentu anda akan berpendapat bahawa konsep yang dimiliki oleh Lucky Block mempunyai masa depan yang cerah – anda boleh membeli altcoin LBLOCK ini semasa projek itu masih baharu lagi. Memandangkan LBlock baharu sahaja diasaskan pada akhir 2021 dan token asalnya telah dilancarkan pada Januari 2022 lepas.

Dari segi tindakan harga pula, pada mulanya LBLOCK didagangkan pada hanya serendah RM0.00068 setiap token pada masa prajualannya. Tetapi sekarang, mereka yang melabur dalam prajualan token LBLOCK telah melihat peluang pulangan yang besar ke atas pelaburan mereka. Sehingga berita ini ditulis, LBLOCK telah didagangkan pada harga lebih dari RM0.0022 setiap token. Oleh itu, ramai para peminat mata wang kripto yang memberi gelaran Lucky Block sebagai salah satu pelaburan kripto jangka panjang terbaik pada tahun 2022.

Jika melihat harga jualan LBOCK sekarang, berbanding dengan harga prajualannya yang hanya sebesar RM0.00068. ini bermakna, harga LBLOCK telah mengalami peningkatan sebanyak lebih daripada 3,200%. Tidak hanya itu sahaja, token LBLOCK pernah mencecah pada paras tertinggi apabila ia didagangkan pada RM0.0041 sebelum ini.

Oleh itu, sekarang anda mempunyai peluang untuk membeli token LBLOCK dengan diskaun besar-besaran – ini tidak lain kerana pasaran mata wang kripto yang lebih luas sedang melalui pembetulan. Selain daripada harga yang murah, LBOCK juga merupakan salah satu kripto dibawah RM4.5 terbaik untuk dibeli.

Tambahan pula, Lucky Block kini telah mengeluarkan syiling baharu yang disebut LBLOCK V2 dengan menghapus yuran transaksi sebesar 12% yang ada pada syiling mereka terdahulu iaitu LBLOCK V1. Syiling V2 mengalami lonjakan harga sebesar 400% selepas ia disenaraikan di MEXC – dengan yuran transaksi 0%. Ia kemudiannya disenaraikan di Gate.io, iaitu bursa kripto kelima terbesar, serta penyenaraian di bursa-bursa utama lainnya yang dijangka tidak lama lagi.

Pemegang token V1 juga dapat menukarkan token mereka kepada token V2 apabila sistem pertukaran disiarkan secara langsung pada 3 Oktober akan datang.

Berminat untuk membeli Lucky Block sekarang? Baca panduan komprehensif kami tentang bagaimana cara untuk membeli Lucky Block sekarang.

Jika anda memerlukan ulasan yang lebih meyakinkan, mengapa tidak menyemak artikel ramalan harga Lucky Block kami? Sebagai alternatif, anda boleh membaca panduan berguna kami untuk meneroka kripto ICO terbaik tahun 2023.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

5. DeFi Coin (DEFC) – Token Asli DEX Baharu dari DeFi Swap yang Menarik

Defi SwapSatu lagi syiling kripto baharu terbaik untuk dipertimbangkan dan ditambahkan pada portfolio anda ialah DeFi Coin (DEFC). DEFC ialah token asli DeFi Swap – iaitu token pertukaran terdesentralisasi (DEX) baharu yang menarik yang menawarkan perkhidmatan pertukaran, staking dan hasil pertanian. Walaupun DEFC telah wujud semenjak Mei 2021 lepas, tetapi token DEFC telah mula mendapat sambutan sempena pelancaran platform pertukaran DeFi Swap.

Setelah DeFi Swap disiarkan secara langsung pada pelancarannya, harga DEFC mengalami lonjakan sebanyak 300% setiap hari, anda boleh merujuk pada carta altcoin DEFC dibawah ini. Ini menandakan token DEFC secara semula jadi terikat dengan populariti DeFi Swap. Oleh itu, pelabur boleh menggunakan token DEFC untuk menukar kepada syiling lain dengan cara terdesentralisasi sepenuhnya

Defi Coin Token Asli DEX Baharu dari DeFi Swap yang Menarik

Bukan setakat itu sahaja, DEFC juga mempunyai sistem ganjaran statik terbina dalam yang menyediakan aliran pendapatan tetap kepada pemegangnya. Setiap kali seseorang membeli atau menjual token DEFC, akan dikenakan cukai transaksi sebesar 10%. Kemudian, separuh daripada jumlah cukai terkumpul tersebut diberikan kembali kepada pemegang DEFC sebagai ganjaran, manakala separuh lagi diletakkan ke dalam kumpulan kecairan DeFi Swap.

Memandangkan sektor DeFi mempunyai jumlah nilai terkunci (TVL) sekitar RM915,6 bilion pada suku pertama 2022, sudah tentu ianya mendatangkan potensi luar biasa untuk DEFC dan DeFi Swap. Kini, syiling DEFC telah mula mengambil momentum di media sosial dan telah melihat lebih 6,000 ahli menyertai kumpulan Telegram rasmi – membayangkan sokongan padu komuniti pada projek tersebut.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

Apa itu Altcoin?

Seperti yang telah kita ketahui, bahawa altcoin adalah singkatan kepada alternative coin atau juga disebut syiling alternatif iaitu token kripto selain Bitcoin (BTC). Ini bermakna, bahawa ada lebih daripada 18.000+ token digital yang terdaftar di CoinMarketCap, dan setiap projek kripto selain Bitcoin dapat diklasifikasikan sebagai altcoin.

Dapat dikatakan bahawa diluaran sana ada sejumlah besar altcoin yang dapat anda pertimbangkan untuk portfolio mata wang kripto anda. Untuk itu, sangatlah penting untuk anda mengetahui bahawa tiap-tiap altcoin mempunyai banyak perbezaan dari segi permodalan pasaran altcoin, projek, sasaran pelan hala tuju,, prestasi sejarah dan kesahihan.

Oleh itu, untuk mengetahui altcoin terbaik mana yang hendak dibeli, merupakan satu perkara yang mencabar. Sebagai contoh, walaupun syarikat seperti Shiba Inu dan Binance-BNB telah menjana pulangan yang mampu mengubah hidup banyak orang sejak ia dilancarkan, tetapi banyak juga altcoin yang telah kehilangan lebih daripada 95% nilainya. Oleh itu, apabila anda hendak membuat keputusan tentang altcoin mana yang hendak dibeli untuk tahun 2022 ini, anda perlu menyelidik dan membuat kajian.

Untuk panduan penuh tentang bagaimana cara membeli Ethereum Classic dan altcoin popular lainnya, baca panduan berguna kami.

Adakah Altcoin Pelaburan yang Baik?

Jika anda tertanya-tanya apakah anda perlu membeli altcoin atau hanya menggunakan Bitcoin sahaja, bahagian halaman ini adalah sepenuhnya untuk anda. Di dalamnya, kami akan membincangkan beberapa sebab utama mengapa anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk memilih dan melabur altcoin yang dinilai tinggi, serta bagaimanakah kedudukan altcoin di pasaran sekarang ini.

Satu lagi altcoin yang popular ialah syiling ALGO, dimana ramai pedagang yang tertanya-tanya sama ada Algorand (ALGO) adalah pelaburan yang baik atau tidak.

Banyak Altcoin Telah Menjana Pulangan Yang Mampu Mengubah Hidup

Pertama sekali, sebab utama mengapa anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk membeli altcoin pilihan hari ini ialah banyaknya projek kripto yang telah menjana pulangan yang mampu mengubah hidup.

Oleh itu, kami akan memberikan beberapa contoh dalam analisis kami tentang altcoin terbaik untuk 2022 sebelum ini, tetapi izinkan kami untuk menghuraikannya lebih lanjut.

  • Sebagai contoh, kami menyebut sebentar tadi bahawa ketika Binance Coin-BNB dilancarkan pada akhir 2017, satu token BNB bernilai hanya RM0.50
  • Dan, sehingga berita ini ditulis, projek itu telah mencecah paras tertinggi 52 minggu iaitu RM3,159.
  • Ini bersamaan dengan keuntungan hujung ke hujung yang melebihi 690,000%. Oleh itu, sekiranya anda melabur sebesar RM4,578 pada kemuncaknya, wang anda akan bernilai RM31,5 juta.
  • Dalam contoh lain, kami juga menyebut bahawa Decentraland dan token MANAnya telah menyaksikan pertumbuhan sebanyak 23,000%.
  • Oleh itu, pelaburan RM4.578 ke atas altcoin MANA ini akan bernilai lebih daripada RM1 juta

Dengan itu, dan seperti yang telah kami bincangkan sebelum ini, tidak semua altcoin akan berprestasi sebaik BNB dan Decentraland – jadi sebelum membuat pembelian, adalah penting untuk anda menetapkan jangkaan yang realistik kepada diri anda sendiri.

Altcoin Mengungguli Bitcoin

Bukan hanya altcoin sahaja yang telah menjana pulangan yang mampu mengubah hidup sejak ia dilancarkan. Tetapi, adalah penting untuk diingat bahawa apabila Bitcoin mula-mula dilancarkan pada tahun 2009 lepas, ia hanya bernilai sebahagian kecil daripada RM0.04 setiap token. Dan, apabila anda menganggap bahawa Bitcoin telah mencecah paras tertinggi yang melebihi RM311,000 – ianya telah mewakili keuntungan hujung ke hujung dalam berjuta-juta mata peratusan.

Walau bagaimanapun, sejak itu Bitcoin telah menjadi kelas aset berbilang trilion ringgit, jadi tidak perlu dikatakan lagi bahawa potensi peningkatan Bitcoin akan terhad mulai sekarang. Malah, apabila anda membandingkan prestasi Bitcoin sejak beberapa tahun sebelum ini, Bitcoin tidaklah semenarik seperti dahulu berbanding dengan altcoin yang dinilai tinggi.

Altcoin Mengungguli Bitcoin

Sebagai contoh, dalam tempoh 12 bulan sebelum menulis halaman ini, sebagai perbandingan, harga Bitcoin telah menurun lebih 20%, manakala Ethereum telah meningkat hampir 50%. Kemudian, dalam tempoh 5 tahun, Bitcoin telah meningkat sebanyak 3,600%, manakala Ethereum telah menyaksikan keuntungan lebih daripada 7,000%.

Jika keutamaan utama anda adalah untuk menyasarkan pada aset kripto berprestasi tinggi, oleh itu, jika altcoin dibandingkan dengan Bitcoin, mungkin altcoin lebih sesuai untuk selera risiko anda.

Mudah Dipelbagaikan

Satu lagi faedah utama menambahkan altcoin terbaik pada portfolio anda adalah, ianya boleh mempelbagaikan dengan mudah untuk membantu mengurangkan risiko kerugian. Ini merupakan sesuatu yang mesti dipatuhi oleh kebanyakan peniaga dan pelabur apabila mereka mempelajari bagaimana cara berdagang mata wang kripto.

Sudah tentu, jika pasaran mata wang kripto sering bergerak selari antara satu sama lain, ini bermakna Bitcoin berfungsi dengan baik, begitu juga altcoin. Walau bagaimanapun, tidak perlu diperkatakan lagi bahawa beberapa altcoin telah menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada yang lain.

Oleh itu, bebaskan diri anda dengan peluang terbaik untuk memilih altcoin berprestasi terbaik dengan menambahkan pelbagai pilihan token pada portfolio anda.

Ianya boleh anda capai dengan mudah apabila anda menggunakan broker dalam talian yang bukan sahaja menawarkan keperluan pelaburan minimum yang kecil, tetapi juga sejumlah besar pasaran yang disokong.

Sebagai contoh, pada platform pertukaran kripto OKX yang dikawal selia SEC, anda akan mempunyai akses kepada puluhan altcoin terkemuka pada nilai dagangan minimum hanya RM45 setiap token.

Banyak Altcoin yang Murah

Alasan lain mengapa Bitcoin – atau malah Ethereum sudah agak tidak menarik untuk pelabur, ini kerana token-token itu kini didagangkan dengan harga yang tinggi.

Bahkan, Bitcoin dan Ethereum telah mencecah paras tertinggi masing-masing kira-kira pada RM311,000 dan RM22,890. Ini bermakna dengan melabur sejumlah wang yang kecil, anda mungkin hanya boleh membeli sebahagian kecil daripada satu token BTC atau ETH.

Banyak Altcoin yang Murah

Tetapi, apabila kami menyelidik altcoin terbaik untuk 2022, kami telah menemui beberapa projek terkenal yang masih membawa pada harga kemasukan yang rendah.

  • Sebagai contoh, sebelum ini kami menyebutkan bahawa dengan melabur hanya RM457 ke dalam Shiba Inu, anda boleh mendapatkan kira-kira 5 juta token.
  • Begitu juga, jika anda melabur RM457 ke dalam token BAT (Basic Attention Token), ini akan memberi anda lebih 800 token setakat penulisan ini dibuat.
  • Dalam kes Lucky Block, pada harga semasa, pelaburan RM457 akan memberi anda lebih daripada 20,000 token.

Tetapi apa yang terpenting, walaupun harga altcoin tidak ditentukan oleh jumlah penilaiannya sahaja, tetapi ianya boleh menjadi lebih menarik untuk dilaburkan dalam projek pelaburan mata wang kripto yang membolehkan anda memiliki sejumlah besar token – berbanding pecahan kecil.

Potensi Peningkatan yang Besar

Ramai pelabur berpengalaman juga akan mencari altcoin terbaik dalam pasaran kerana dalam banyak kes, potensi peningkatan boleh menjadi lebih besar.

Sebagai contoh, sebaik sahaja anda melangkau beberapa ratus projek pertama dari segi permodalan pasaran, anda akan menemui beribu-ribu altcoin yang membawa penilaian kurang daripada RM45,8 juta. Oleh itu, ini bermakna potensi peningkatan pada altcoin ini akan jauh lebih tinggi daripada token yang sudah mempunyai status bermodal besar.

Contohnya:

  • Sehingga berita ini ditulis, token BNB sudah mempunyai permodalan pasaran lebih daripada RM274,6 bilion.
  • Oleh itu, untuk BNB menjana 1,000% lagi daripada ini, ia perlu melepasi penilaian RM2,7 trilion
  • Walaupun boleh dikatakan sangat mungkin, tetapi ia masih lagi harus dilihat berapa lama masa yang diambil oleh BNB untuk mencapai penilaian magnitud ini.

Pada skala yang lain, orang-orang seperti anda yang mempunyai Lucky Block. Sehingga berita ini ditulis, mengikut CoinMarketCap, Lucky Block telah membawa permodalan pasaran sebanyak RM878,9 juta. Ini bermakna untuk projek tersebut mencapai pertumbuhan sebesar 1,000% dari sini, ia hanya memerlukan permodalan pasaran di bawah RM9,1 bilion.

Perkara lain yang perlu anda beri perhatian apabila anda membeli altcoin dengan modal rendah adalah, anda mempunyai penilaian pasaran yang agak kecil yang akan menjadi lebih tidak menentu. Ini kerana asas kedalaman pasaran, yang bermaksud bahawa aset bermodal kecil lebih mudah untuk bergerak dalam pasaran.

Inovasi Di Luar Pembayaran Kewangan

Kami juga menyukai inovasi altcoin yang telah diperkenalkan oleh beberapa projek kepada sektor mata wang kripto. Sudah tentu, Bitcoin merupakan revolusioner dalam bidang itu. Tetapi, rangkaian itu hanya mampu memudahkan pembayaran global.

Dibawah ini, kami telah menyenaraikan ciri-ciri altcoin dan inovasi menarik yang kami temui yang ditawarkan oleh beberapa projek terkenal seperti berikut:

  • Lucky Block sedang merevolusikan sektor permainan dalam talian global dengan mengasingkan hasil permainan melalui kontrak pintar.
  • Decentraland dan Sandbox kedua-duanya menawarkan dunia 3D maya yang membolehkan pengguna membeli plot tanah dan hartanah, dan kemudian menjualnya di pasaran terbuka melalui NFT.
  • Cosmos sedang menyelesaikan isu kebolehoperasian blockchain.
  • Solana pula sedang mencari untuk mencabar penguasaan kontrak pintar Ethereum, dengan transaksi yang sangat pantas, berskala dan berkos rendah.

Contoh-contoh di atas hanyalah sebahagian kecil daripada banyak perkara yang ada. Dan perkara utama ialah pelaburan dalam altcoin mampu menawarkan sesuatu yang berbeza daripada status quo, ianya terdapat peluang bahawa setiap token masing-masing akan berprestasi baik.

Risiko Membeli Altcoin?

Memandangkan kami telah merangkumi semua faedah membeli altcoin untuk portfolio anda, adalah wajar sekiranya anda juga mempertimbangkan risikonya. Beberapa altcoin terbaik untuk dibeli sekarang termasuk AAVE, BNB dan ETH.

Anda mungkin tahu bahawa aset kripto adalah pelaburan yang tidak menentu – tetapi dalam kes altcoin, kerugian boleh menjadi lebih tinggi – terutamanya yang mempunyai permodalan pasaran yang kecil.

Penyegerakan Dengan Bitcoin

Kami sebelum ini secara ringkas menyebutkan bahawa pasaran mata wang kripto yang lebih luas sering bergerak serentak. Dan, Bitcoin berada dihadapan trend ini – yang menentukan senario prestasi altcoin yang lebih luas.

Sebagai contoh, apabila banyak altcoin mengalami kenaikan pada tahun 2021, ini adalah bersempena dengan Bitcoin yang mencecah paras tertinggi baharu sepanjang masa. Tetapi, memandangkan Bitcoin telah memasuki kitaran menurun, ini telah memberi kesan besar kepada altcoin yang membuat altcoin tidak akan naik.

Penyegerakan Dengan Bitcoin

Dengan demikian, tidak kira betapa baik dan objektifnya pelan hala tuju yang anda percaya pada tawaran projek pilihan anda, prestasi altcoin sering dihalang oleh sentimen Bitcoin.

Turun Naik Yang Melampau

Seperti yang dinyatakan di atas, bahawa semua mata wang digital mempunyai tahap turun naik yang tinggi – terutamanya jika dibandingkan dengan pasaran saham tradisional, sama seperti halnya mata wang maya altcoin.

Walau bagaimanapun, jika anda melabur dalam altcoin dengan modal yang kecil atau sederhana, turun naik yang anda alami boleh menjadi sangat liar.

Sebagai contoh, beberapa altcoin yang kami temui pada mulanya mengalami ayunan ke atas yang pantas, sebelum jatuh kembali ke harga dibawah penilaian pada pelancaran projek.

Malah, banyak altcoin kini bernilai lebih 95%, iaitu sangat kurang jika dibandingkan dengan nilai tertinggi sepanjang masa sebelum ini. Dan, jika anda membeli altcoin yang mengalami tahap susut nilai yang sama, ini boleh membuat kerugian besar pada pelaburan anda.

Penipuan dan Rugpull

Satu lagi risiko besar yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda membeli altcoin untuk portfolio anda ialah penipuan dan rugpull. Rugpull ialah merujuk kepada projek yang dibuat dengan satu niat – iaitu untuk menipu pelabur awal

Rugpull sering berlaku pada projek baharu yang sedang mengumpul dana semasa pelancaran prajualan. Sebelumnya dengan seolah-olah membuat lonjakan harga altcoin masing-masing. Seterusnya, ini akan mengakibatkan pelabur baharu tertarik sehingga membuat lonjakan dan kemudian menaikkan harga.

Akhirnya, altcoin yang sedang mencari rugpull pada projek akan membuang keseluruhan bekalan token mereka, yang mengakibatkan nilai aset kripto jatuh ke tahap hampir sifar.

Ini menjadi semakin popular di ruang altcoin – jadi adalah sangat penting untuk anda melakukan penyelidikan sebelum anda berniat meneruskan pelaburan anda.

Ini adalah salah satu alasan mengapa kami berpendapat bahawa Lucky Block adalah salah satu altcoin terbaik untuk disaksikan pada tahun 2022, apatah lagi kerana projek itu disokong oleh pasukan yang telus dan berpengalaman.

Di mana untuk Membeli Altcoin

Apabila anda memutuskan tempat untuk membeli altcoin untuk portfolio anda, kami akan mencadangkan anda untuk meneroka metrik berikut sebelum anda membuka akaun dengan bursa atau broker pilihan anda:

  • Adakah platform pertukaran kripto tersebut dikawal oleh badan pelesenan yang bereputasi seperti SEC?
  • Apakah platform tersebut memberi anda akses kepada altcoin?
  • Adakah yuran dan komisen yang perlu anda bayar untuk membeli altcoin pilihan anda?
  • Bagaimana layanan platform tersebut dari segi perkhidmatan pelanggan dan kaedah pembayaran yang disokong?
  • Berapakah jumlah minimum wang yang anda perlukan untuk mengambil risiko untuk membeli altcoin di platform tersebut?

Dengan mengambil kira metrik di atas, kami mendapati bahawa OKX ialah merupakan tempat terbaik secara keseluruhan untuk membeli altcoin pada tahun 2022. Kami akan menerangkan alasannya dalam bahagian di bawah.

OKX – Tempat Terbaik untuk Membeli Altcoin 2023

OKXOKXialah salah satu platform pertukaran kripto terbaik yang berbilang aset terkawal dengan lebih dari 500,000+ pengguna berdaftar yang berdagang atau melabur dengannya.

OKX ialah pertukaran kripto yang mempunyai pelbagai pilihan aset digital untuk didagangkan dengan yuran yang kompetitif. Itu ertinya, lebih banyak aset bermakna lebih banyak peluang perdagangan yang dapat dijadikan bantuan besar untuk mengekalkan portfolio yang jauh lebih seimbang dan mudah. OKX juga membolehkan pengguna membuat aliran perdagangan sendiri dengan berdasarkan spekulasi dan ramalan pasaran mereka. Selain itu, anda juga dapat membeli pelbagai jenis altcoin di OKX bersama-sama dengan 477 aset kripto tambahan.

Platform pertukaran OKX sesuai untuk pelabur dari semua peringkat kemahiran, sama ada pemula mahupun berpengalaman. Mendaftar akaun pada OKX sangatah mudah, hanya mengambil masa beberapa minit untuk proses pengesahan. Untuk faktor keselamatan pula, OKX merupakan ahli FINRA dan dikawal selia oleh badan-badan pelesenan antarabangsa bereputasi seperti SEC, FCA, FSA, ASIC, dan CySec.

Ini bermakna anda boleh membeli altcoin di OKX tanpa perlu risau tentang keselamatan dana anda. Selain itu, OKX juga telah menyokong pelbagai kaedah pembayaran seperti kad debit/kredit, bank berwayar, serta e-dompet seperti Paypal, Skrill, Neteller dan banyak lagi.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

Cara Membeli Altcoin

Apakah anda ingin membeli altcoin atau kripto IDO terbaik buat kali pertama? Jika ya, anda mungkin memerlukan beberapa panduan tentang cara melengkapkan pelaburan altcoin anda dengan cara yang selama.

Teruskan membaca halaman ini untuk mendapatkan arahan langkah demi langkah tentang cara-cara membeli altcoin pilihan anda hari ini.

Bagaimana Cara Membeli Tamadoge

Tamadoge boleh anda beli daripada Uniswap dengan mengikuti langkah di bawah ini:

  • Langkah 1 – Dapatkan dompet kripto MetaMask: Anda memerlukan dompet kripto terlebih dahulu. Muat turun aplikasi atau kod QR dan lengkapkan proses pendaftaran.
  • Langkah 2 – Beli ETH atau USDT: Jika anda tidak mempunyai ETH dalam dompet MetaMask maka anda boleh membelinya terus di laman web melalui Transak dengan kad kredit atau debit. Sebagai alternatif, pindahkan ETH atau USDT ke dompet MetaMask anda dari bursa.
  • Langkah 3 – Sambungkan dompet MetaMask anda dengan Uniswap: Pergi ke Uniswap dan pilih token ETH/USDT untuk ditukar. Klik pada ‘Connect Wallet’ dan pilih MetaMask.
  • Langkah 4 – Buat Pesanan Belian: Setelah pengguna berjaya menyambungkan dompet MetaMask, klik pada ‘Cari Token’ dan masukkan TAMA (token Tamadoge) pada bar carian. Pelabur boleh memasukkan jumlah TAMA yang mereka ingin beli dan klik pada ‘Swap’.
  • Langkah 5 – Sahkan Pembelian: Sebelum menerima token, MetaMask akan memerlukan pedagang untuk mengesahkan transaksi di laman web. Setelah pesanan diproses, token boleh diakses di Uniswap.

Panduan yang lebih terperinci tentang cara membeli token TAMA boleh anda dapati di laman web Tamadoge.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

Cara Membeli Altcoin di OKX

Anda boleh membeli altcoin lainnya yang kami bincangkan di halaman ini menerusi OKX pada hanya RM45 setiap dagangan. Proses pelaburan di OKX mengambil masa kurang daripada lima minit dari awal hingga akhir – Berikut kami kongsikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan.

  • Langkah 1 – Daftar Akaun OKX: Klik pada butang ‘Sertai Sekarang’ dan isikan borang pendaftaran yang terpapar pada skrin anda.
  • Langkah 2 – Deposit Dana: Pilih laluan pembayaran pilihan anda sama ada kad debit/kredit, perbankan dalam talian atau e-dompet yang disokong. Masukkan jumlah yang anda ingin anda depositkan, dari RM45.
  • Langkah 3 – Cari Altcoin: Klik pada butang ‘Discover’. Seterusnya, klik pada ‘Kripto’ dan pilih altcoin yang anda ingin beli.
  • Langkah 5 – Beli Altcoin: Klik pada butang ‘Trade’ di sebelah altcoin pilihan anda dan kotak pesanan akan muncul. Masukkan jumlah pegangan pelaburan anda daripada RM45 dan klik pada ‘Buka Perdagangan’ untuk mengesahkan.

Berikut ialah panduan yang lebih terperinci tentang cara membeli kripto di OKX.

Aset kripto adalah produk pelaburan yang tidak terkawal yang memiliki kadar naik turun yang tinggi. Tiada perlindungan pelabur daripada UK ataupun Kesatuan Eropah.

Tamadoge (TAMA) – Dogecoin P2E Dogecoin

  • ’10x Potensi’ – Laporan CNBC
  • Deflasi, Penawaran Rendah – 2 Bilion
  • Beralih ke Perolehan, Integrasi Metaverse pada peta hala tuju
  • Haiwan Peliharaan NFT Doge – Berpotensi untuk Penerimaan Beramai-ramai
  • Prajualan berakhir – ICO akan datang di LBank, Uniswap

Battle Infinity – Permainan Metaverse Baharu

Disenaraikan di PancakeSwap dan LBank – battleinfinity.io

  • Permainan Bertemakan Sukan Fantasi
  • Main untuk Mendapat Utiliti – Token Ganjaran IBAT
  • Dikuasakan Oleh UnrealEngine
  • Bukti Pepejal Diaudit, disahkan oleh CoinSniper

Kesimpulan

Altcoin menawarkan potensi untuk membuat pulangan yang menarik pada pelaburan mata wang kripto anda – terutamanya apabila anda menganggap bahawa anda mungkin terlepas peluang pada Bitcoin.

Lagipun, Bitcoin telah pun melepasi jumlah penilaian pasaran melebihi RM4.5 trilion, jadi pulangan menjadi agak terhad jika dibandingkan dengan altcoin yang bermodal lebih kecil.

Untuk mula membina portfolio anda hari ini, kami mendapati bahawa IMPT dan Tamadoge ialah altcoin terbaik untuk dipertimbangkan untuk tahun 2022. IMPT telah menamatkan prajualannya dan akan tersedia untuk dibeli di bursa seperti LBank dan Uniswap. Prajualan Tamadoge pula telah habis dijual lebih awal disebabkan oleh permintaan yang tinggi dan kelihatan bersedia untuk ketumbuhan yang lebih besar dalam beberapa bulan akan datang.

Kesimpulan Altcoin

Soalan Lazim tentang Altcoin

Apakah altcoin?

Apakah altcoin terbaik untuk dibeli sekarang?

Kripto manakah yang paling berpotensi?

Berapa banyak altcoin yang ada?

Bagaimanakah cara untuk membeli altcoin?