Bio

Jonathan adalah seorang penulis bebas (freelance writer) yang telah mengikuti pasaran dan menulis kandungan berita bermaklumat sejak dua tahun yang lalu, meliputi semua perkembangan terkini dalam ruang kripto dan saham. Jonathan amat gemar membaca dan menganalisis artikel-artikel dan buku-buku berkaitan dengan pendidikan kewangan dan pelaburan seperti buku ‘Rich Dad, Poor Dad’ dan buku serta artikel berkaitan dengan hal pelaburan yang lain. Hasil dari pembacaan dan analisis tersebut, Jonathan berhasil menerbitkan artikel berkaitan dengan Foreign Exchange Market atau dikenali sebagai Forex dan FX. Liputan berita hariannya termasuk kandungan artikel mengenai teknikal tentang ekonomi, kewangan, pelaburan, pasaran dan hartanah telah membantu memberikan panduan berkaitan dengan perniagaan serta pendidikan kewangan dalam membina strategi pemasaran digital mereka. Topik kegemaran Jonathan adalah berkaitan dengan pelaburan dan analisis kewangan. Jonathan sedang dalam pengajian di Universiti Malaysia Sabah dan mengambil jurusan Bachelor of Social Science Degree in Industrial Relation.